Saturday, April 17, 2010

Laksa Johor


hendak menukar selera anda nikmatilah laksa johor;
bahan-bahan;
500 gm spageti-direbus
500 gm udang basah-direbus
sekilo ikan tenggiri-direbus dan ditumbuk halus
2 biji bawang besar
3 batang serai
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm teh serbuk kunyit
1/2 cawan rempah kari
sebiji kelapa-1/2 diambil santan dan 1/2 lagi wat kerisik
3 batang daun kesum
2 kuntum bunga kantan
asam jawa.garam .gula

hiasannya;
1/2 biji timun -dihiris-hiris
50 sen tauge- dicelur
5 biji cili merah+ 1 cm belacan- digiling utk sambalnya

cara membuatnya
Spaggeti yg telah direbus-tepikan dulu.
panaskan minyak msukkan bawang dan halia yg sudah diblend,masukkan juga daun kesum,bunga kantan,serai dan lengkuas kacau rata.
kemudian masukkan rempah kari dan daun kari kacau lagi hingga pecah minyak.lepas tu masukkn pula garam ,air asam dan gula,kerisik.
lepas tu masukkan pula isi ikan dan udang..masukkan pula santan dgn api yg kecil.
siap je..hiaslah dgn bhn2 diatas tu..ok slmt jamu selera.

cuppies


oder-oder lagi dari anak -anak sekolah...30 biji selesai.

Donat keledak

fresh cream tat


oleh kerana anak-anak suka sangat dgn fresh cream ,maka terjadi tat fresh.

bahan-bahan utk pastry;
250 gm butter
125 gm gula aising
sebiji telor
440 tepong gandum

cara membuatnya gaul rata semua bahan-bahan di atas..hingga menjadi satu doh yang lembut dan tak melekat.cetak gunakan cetak tat dan bakar 180~C selama 10-15 minit hingga kekuningan.

bahan untuk filling intinya;
putar secawan fresh cream hingga naik gebu..dan tabur coklat cip... siap.

cupcake ros orange & purple


kek cawan ni telah di tempah oleh kawan-kawan fina pd minggu lepas.

kuih nagasari


bila wat kuih ni teringat mak/bak kat kampong...cerita kat tel dgn Dia org. Tunggu nanti cuti bln 6 balik kpg..nak buat kuih bnyak2.
menu istimewa bila bulan puasa.

singgang pedas nenas


bahan-bahan;
3 ekor ikan kembung
1 btg serai
7 biji lada merah
4 ulas bawang merah sedang
4 ulas bawang putih
1/2 biji nenas madu
3 keping asam keping
600 ml air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya;
masukkan bahan yg di tumbuk kasar(halia dan bawang) serai,asam keping dan air ke dlm periuk...kacau dan biarkan mendidih.
masukkan serbuk kunyit, nanas ,ikan ,garam dan gula.biarkan masak rasa sesedap dan hidangkan.

kari ikan tongkol


bahan-bahan:
sebiji cili merah
sebiji bawang besar
sesudu kecil halba+kayu manis
2 sudu makan rempah kari
sebiji tomato
beberapa helai daun kari
2 cm halia
4 biji bawang merah
4 potong ikan

cara memasaknya;
panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk(bawang merah, bawang besar, halia dan bawang putih serta daun kari hingga naik baunya.lepastu masukkan rempah kari yg digaulkan dgn air asam jawa dan garam..biarkan hingga pecah minyak. kemudian masukkan ikan bendi,cili merah dan tomato. sehingga lah ikan masak...lebih kurang 10-15 minit dgn api yg kecil.

Thursday, April 8, 2010

Roti Epal Belanda


Bahan-bahannya:

bahan gula untuk inti
1/3 cawan tepung serbaguna
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar butter
1/4 cawan gula

bahan untuk tepungnya:
3 1/2 cawan tepung serba guna
sebiji epal,dikupas kulit dan didadu kecil
2 biji telur
2 sudu kecil ragi kering
1/4 cawan air suam
1/2 cawan susucair/susu segar
1/4 cawan butter
1/4 cawan gula castor

cara membuatnya;
larutkan ragi di dalam air suam.kacau susu,gula dan butter diatas api hingga suam.kemudian satukan telur,tepung,epal dadu dan bancuhan butter tadi. uli perlahan-lahan 15 minit.gunakan teknik strecthing .setelah diuli sapu minyak sayur pada bekas doh supaya tak melekat ketika naik .perap doh hingga ia naik sekali ganda.
campur semua bahan isinya,gaul ramas gunakan jari..jadi seperti gula perang.
canaikan doh lebar dan taburkan bahan gula 3/4 bahagian. gulung dan masukkan pada acuan roti.taburkan gula selebihnya diatas roti setelah ia naik.bakar 175"C selama 40 minit.

Wednesday, April 7, 2010

Puding caramel kacang merah


Bahan-bahannya:
240 gm gula -untuk dijadikan gula hangus

Bahan A;
150 ml susu cair
10 biji telor-diblend.
70 ml air
10 sudu makan gula
satu sudu teh esen vanilla
6 sudu tepung kastard
6 sudu kacang merah

cara membuatnya; campurkan semua bahan A kedalam satu bekas dan kacau hingga sebati.panaskan kukusan dulu kemudian masukkan gula hangus kedalam acuan dan tuangkan bahan A tadi,kukuslah hingga masak.

roti double bakar


pagi-pagi lagi dah wat brekfast utk anak-anak gi sek.makanan ni kegemaran Amar...buatlah banyak mcam mana pun tetap selesai..sarapan lain bawa bekal lagi gi school..ni yg bestnya, Dia orang xwat duit.

Ikan sumbat sos


bahan-bahannya;
7 ekor ikan kembung segar sedang
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
gula dan garam secukup rasa

bahan utk dikisar;
4 biji bawang sedang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
6 sudu besar cili kering-yg telah dikisar

cara membuatnya; basuh ikan bersih,lumorkan dgn garam dan kunyit. panaskan minyak dan gorenglah ikan tu,...angkat ketepikan. lepas tu tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak ,kemudian masukkan pula sos cili,sos tomato ,garam dan gula secukup rasa.angkat dah hidangkan...

sambal ikan bilis


cara membuatnya; goreng 100gm ikan bilis,angkat dan ketepikan.lalu panaskan 2 senduk minyak dan tumis bahan yang di kisar- (100 gm lada kering,direndam dgn air panas hingga lembut +sebiji labu bawang besar + 4 biji bawang putih -diblend )masukkan satu sudu besar air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.sedia dinikmati sambal ni boleh di makan dengan nasi lemak atau ubi rebus.

ayam rendang bakar


bahan-bahannya;

seekor ayam
2 cawan santan pekat
4 batang serai
6 cm halia
4 labu bawang sedang besar
6 ulas bawang putih
6 biji buah keras
6 tangkai cili merah
4 cm kunyit hidup
sedikit lobak merah,garam dan gula secukup rasa.

cara membuatnya;
kisar semua bahan dgn santan,lepas tu perapkan ayam dgn bahan-bahan kisar tadi selama 4 jam atau lebih...simpan ianya dlm petisejuk lah. keluarkan dan ambil ayam tu balutkan dgn kertas Diamond Aluminum foil.lalu dibakar.*kalau boleh gulanya dilebihkan sedikit agar terasa manis pada isi ayam.

ikan masak lemak tempoyak


2ekor ikan patin atau 5ekor ikan kembong segar sedang
10biji cili padi *
4 biji cili besar marah *
4 sudu besar tempoyak *
sehelai daun kunyit-dihiris
2batang serai-di ketuk
sebiji kelapa- diambil santannya secukup
sekeping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
sesudu minyak utk tumis
*bahan-bahan ni dikisar halus

cara mambuatnya;
panaskan minyak kemudian tumis bhn-bhn kisar, serai dan sedikit santan dahulu,lepas tu masukkan garam,gula dan asam gelugur.agak dah sesedap rasa masukkan pula ikan ,santan dan daun kunyit-masak dgn menggunakan api yg kecil.

kerabu udang


400gm udang
7 batang kacang panjang-di potong-potong
5 tangkai daun kesum-dihiris kasar
4 biji cili padi
sebatang cili besar merah
garam, gula secukup rasa dan 2sudu perahan limau nipis.

cara membuatnya- Gaul campur semua bahan-bahan diatas dan rasalah secukupnya.

kangkung ikan masin


cara memasaknya- panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan 2biji bawang merah dan 4biji bawang putih,msukan 2btg cili merah besar-masak hingga garing.last sekali masukkan 300gm sayur kangkung,satu sudu besar sos tiram,taburkan 2potong ikan sepat masin goreng yg diblend dan garam secukup rasa....siap sila makan.