Wednesday, November 3, 2010
chocolate strawbery
Friday, October 15, 2010
menu pagi raya
Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan Berbuka Puasa
Thursday, September 30, 2010
Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan Berbuka Puasa
salam menyambut Ramdhan Al mubarak.semangat utk anak berposa so..ibu kenalah rajin kedapor utk menambat hati...alif,amirul,amar &fina. antara menu wajib pd bln yg mulia ni adalah Ayam rendang bakar...sdppp..seekor sekali mkan he..he.yg lain tu utk cuci mata dan tambahkan selera tekak triffel,cucur badak and sawi cina bersos tiram.
Tuesday, June 22, 2010
roti kismis apple
rasanya yg sedap dan enak...respinya cari sendiri ya.
utk adek sikin- muffin chocolate double
Bahannya:
230 gm tepung
1 sudu baking powder
120 gm gula perang
40 gm serbuk koko
100 gm mentega cair
1 biji telur
170 gm yogurt biasa
110 ml susu segar
1/2 esen vanilla
90 gm coklat chip
cara buatnya:
Ayak tpg,baking powder dan serbuk koko dan gula perang.
dlm mangkuk lain,pukul telur dan esen.
masukkan bahan basah kedlm adunan tpg.gaul sekejap.
sendukkan adunan ke dlm cawan kertas.
bakar 25 minit 180"C.
hiasannya;
biskut wafer coklat/cream
coklat masak putih dan gelap dicairkan
*letakkan biskut wafer tu di atas muffin
dan curahkan coklat putih dan gelap.
CUPcake butter orange:
bahannya:
200 gm tepung
1/2 s/k serbuk penaik
1/2 s/b tepung susu
250 gm butter
5 biji telur
175 gm gula castor
2 sudu besar jus oren
cara buatnya:
satukan butter, tepung,serbuk penaik,susu tepung kedlm bekas pengadun..putar 2-3 minit sehingga halus dan gebu.
dalam bekas lain putar telur dan gula sehingga kembang campurkan jus oren.
masukkan adunan kering, gaul rata.
bakar 20 minit 175'C .sejukkan dulu baru sapukan butter cream.
bahan utk Butter cream:
125 gm butter
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
1 s/k esen vanilla
*warna ikut suka.
cara buatnya:
Putar butter, krimwell,susu pekat dan esen
hingga halus dan gebu.
Fondant;
60 gm tpg.jagung
400gm gula ising
10 gm gam tex
60 ml air
22 gm air glukosa
22 gm shortening
cara buatnya:
ayak tpg.jagung,gula ising dan gam tex ke dlm bekas pengadun.
campurkan air dan air glukosa-gaul rata.
masukkan shortening dan sebatikan.
boleh digunakan terus atau disimpan dlm plastik cling warp.
sikin kalau dah buat dan hias cantik2..hantar ke Makyan.ok.slmt mancuba..
kuih bakar pisang
minum ptg dgn kawan:
1 sisir pisang masak
1 cawan tpg
1 cawan santan
1 cawan susu sejat/fresh milk
1 biji telur
2 sudu butter
3/4 cawan gula
cara buatnya diblend semuanya.tuangkan dlm mangkuk yg berisi pisang lenyek..digaul rata.masukkan kedlm loyang yg telah disapu butter.panaskan loyang 3minit.tuangkan adunan.barulah dibakar selama 1 jam 180"C. sejukkan dulu baru dipotong...
Saturday, April 17, 2010
Laksa Johor
hendak menukar selera anda nikmatilah laksa johor;
bahan-bahan;
500 gm spageti-direbus
500 gm udang basah-direbus
sekilo ikan tenggiri-direbus dan ditumbuk halus
2 biji bawang besar
3 batang serai
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm teh serbuk kunyit
1/2 cawan rempah kari
sebiji kelapa-1/2 diambil santan dan 1/2 lagi wat kerisik
3 batang daun kesum
2 kuntum bunga kantan
asam jawa.garam .gula
hiasannya;
1/2 biji timun -dihiris-hiris
50 sen tauge- dicelur
5 biji cili merah+ 1 cm belacan- digiling utk sambalnya
cara membuatnya
Spaggeti yg telah direbus-tepikan dulu.
panaskan minyak msukkan bawang dan halia yg sudah diblend,masukkan juga daun kesum,bunga kantan,serai dan lengkuas kacau rata.
kemudian masukkan rempah kari dan daun kari kacau lagi hingga pecah minyak.lepas tu masukkn pula garam ,air asam dan gula,kerisik.
lepas tu masukkan pula isi ikan dan udang..masukkan pula santan dgn api yg kecil.
siap je..hiaslah dgn bhn2 diatas tu..ok slmt jamu selera.
fresh cream tat
oleh kerana anak-anak suka sangat dgn fresh cream ,maka terjadi tat fresh.
bahan-bahan utk pastry;
250 gm butter
125 gm gula aising
sebiji telor
440 tepong gandum
cara membuatnya gaul rata semua bahan-bahan di atas..hingga menjadi satu doh yang lembut dan tak melekat.cetak gunakan cetak tat dan bakar 180~C selama 10-15 minit hingga kekuningan.
bahan untuk filling intinya;
putar secawan fresh cream hingga naik gebu..dan tabur coklat cip... siap.
kuih nagasari
singgang pedas nenas
bahan-bahan;
3 ekor ikan kembung
1 btg serai
7 biji lada merah
4 ulas bawang merah sedang
4 ulas bawang putih
1/2 biji nenas madu
3 keping asam keping
600 ml air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya;
masukkan bahan yg di tumbuk kasar(halia dan bawang) serai,asam keping dan air ke dlm periuk...kacau dan biarkan mendidih.
masukkan serbuk kunyit, nanas ,ikan ,garam dan gula.biarkan masak rasa sesedap dan hidangkan.
kari ikan tongkol
bahan-bahan:
sebiji cili merah
sebiji bawang besar
sesudu kecil halba+kayu manis
2 sudu makan rempah kari
sebiji tomato
beberapa helai daun kari
2 cm halia
4 biji bawang merah
4 potong ikan
cara memasaknya;
panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk(bawang merah, bawang besar, halia dan bawang putih serta daun kari hingga naik baunya.lepastu masukkan rempah kari yg digaulkan dgn air asam jawa dan garam..biarkan hingga pecah minyak. kemudian masukkan ikan bendi,cili merah dan tomato. sehingga lah ikan masak...lebih kurang 10-15 minit dgn api yg kecil.
Thursday, April 8, 2010
Roti Epal Belanda
Bahan-bahannya:
bahan gula untuk inti
1/3 cawan tepung serbaguna
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar butter
1/4 cawan gula
bahan untuk tepungnya:
3 1/2 cawan tepung serba guna
sebiji epal,dikupas kulit dan didadu kecil
2 biji telur
2 sudu kecil ragi kering
1/4 cawan air suam
1/2 cawan susucair/susu segar
1/4 cawan butter
1/4 cawan gula castor
cara membuatnya;
larutkan ragi di dalam air suam.kacau susu,gula dan butter diatas api hingga suam.kemudian satukan telur,tepung,epal dadu dan bancuhan butter tadi. uli perlahan-lahan 15 minit.gunakan teknik strecthing .setelah diuli sapu minyak sayur pada bekas doh supaya tak melekat ketika naik .perap doh hingga ia naik sekali ganda.
campur semua bahan isinya,gaul ramas gunakan jari..jadi seperti gula perang.
canaikan doh lebar dan taburkan bahan gula 3/4 bahagian. gulung dan masukkan pada acuan roti.taburkan gula selebihnya diatas roti setelah ia naik.bakar 175"C selama 40 minit.
Wednesday, April 7, 2010
Puding caramel kacang merah
Bahan-bahannya:
240 gm gula -untuk dijadikan gula hangus
Bahan A;
150 ml susu cair
10 biji telor-diblend.
70 ml air
10 sudu makan gula
satu sudu teh esen vanilla
6 sudu tepung kastard
6 sudu kacang merah
cara membuatnya; campurkan semua bahan A kedalam satu bekas dan kacau hingga sebati.panaskan kukusan dulu kemudian masukkan gula hangus kedalam acuan dan tuangkan bahan A tadi,kukuslah hingga masak.
roti double bakar
Ikan sumbat sos
bahan-bahannya;
7 ekor ikan kembung segar sedang
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
gula dan garam secukup rasa
bahan utk dikisar;
4 biji bawang sedang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
6 sudu besar cili kering-yg telah dikisar
cara membuatnya; basuh ikan bersih,lumorkan dgn garam dan kunyit. panaskan minyak dan gorenglah ikan tu,...angkat ketepikan. lepas tu tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak ,kemudian masukkan pula sos cili,sos tomato ,garam dan gula secukup rasa.angkat dah hidangkan...
sambal ikan bilis
cara membuatnya; goreng 100gm ikan bilis,angkat dan ketepikan.lalu panaskan 2 senduk minyak dan tumis bahan yang di kisar- (100 gm lada kering,direndam dgn air panas hingga lembut +sebiji labu bawang besar + 4 biji bawang putih -diblend )masukkan satu sudu besar air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.sedia dinikmati sambal ni boleh di makan dengan nasi lemak atau ubi rebus.
ayam rendang bakar
bahan-bahannya;
seekor ayam
2 cawan santan pekat
4 batang serai
6 cm halia
4 labu bawang sedang besar
6 ulas bawang putih
6 biji buah keras
6 tangkai cili merah
4 cm kunyit hidup
sedikit lobak merah,garam dan gula secukup rasa.
cara membuatnya;
kisar semua bahan dgn santan,lepas tu perapkan ayam dgn bahan-bahan kisar tadi selama 4 jam atau lebih...simpan ianya dlm petisejuk lah. keluarkan dan ambil ayam tu balutkan dgn kertas Diamond Aluminum foil.lalu dibakar.*kalau boleh gulanya dilebihkan sedikit agar terasa manis pada isi ayam.
ikan masak lemak tempoyak
2ekor ikan patin atau 5ekor ikan kembong segar sedang
10biji cili padi *
4 biji cili besar marah *
4 sudu besar tempoyak *
sehelai daun kunyit-dihiris
2batang serai-di ketuk
sebiji kelapa- diambil santannya secukup
sekeping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
sesudu minyak utk tumis
*bahan-bahan ni dikisar halus
cara mambuatnya;
panaskan minyak kemudian tumis bhn-bhn kisar, serai dan sedikit santan dahulu,lepas tu masukkan garam,gula dan asam gelugur.agak dah sesedap rasa masukkan pula ikan ,santan dan daun kunyit-masak dgn menggunakan api yg kecil.
kerabu udang
kangkung ikan masin
cara memasaknya- panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan 2biji bawang merah dan 4biji bawang putih,msukan 2btg cili merah besar-masak hingga garing.last sekali masukkan 300gm sayur kangkung,satu sudu besar sos tiram,taburkan 2potong ikan sepat masin goreng yg diblend dan garam secukup rasa....siap sila makan.
Wednesday, March 31, 2010
Friday, March 26, 2010
Kek Chocolate Moist
bahan-bahan utk buat kek :
A Bahan untuk pes Chocolate
- 1 cawan serbuk coco Van Houten
- 1 cawan air
- 1/2 cawan fresh milk
- 1/2 cawan gula halus
*kesemua bahan ini dimasak atas dapur.
B 250gm butter
- 4 biji telur gred A
- 2 sudu kecil serbuk vanilla
- 2 sudu kecil baking powder
- 2 cawan tepung gandum
Blend butter dahulu kemudian+gula halus hingga gebu.masukkan telur , esen vanilla.tepung gandum yang dicampur dgn baking powder berselang seli dgn pes chocolate. Kek ini dibakar 180c selama 1 jam.
Kuih Cara manis
bahan-bahan untuk buat kuih cara manis :
- sebiji kelapa diambil santannya
- sebiji telur
- 4 cawan tepung gandum
- gula dan sedikit garam
- dua sudu air pandan+pewarna hijau
cara membuatnya gaulkan tepung dgn santan , garam , telur , air pandan dan pewarna hijau hingga sebati . Panaskan acuan masukan tepung bersama sedikit gula dan tutup seketika acuan dgn penutup supaya kuih cepat masak ..
Tuesday, March 23, 2010
Jeruk Pelam
Bahan-bahannya : 50biji pelam muda , satu sudu besar kapur , air , garam dan gula.cara membuatnya pelam dicuci dengan bersih , kemudian dibelah 2 dan dibuang biji kemudian rendam dgn air kapur semalaman.lepas tu buang air kapur dan rendam pula dgn air garam semalaman kemudian malam yg ke 3 rendam dengan air gula suam...
Nasi serbuk ikan masin
Bahan-bahan utk membuat Nasi serbuk ikan masin:
semestinya 2 mangkuk nasi puteh utk 4org makan,cili merah 1biji.4biji cili padi,4ulas bawang putih,1biji bawag merah,dan sayur-sayur dan last sekali ikan sepat goreng diblend.semua bahan-bahan diatas diblend kecuali nasi puteh dan ikan sepat goreng.garam dan gula secukup rasa...
Thursday, March 18, 2010
Monday, March 15, 2010
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)